CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 21 Disember 2008

Majlis Resepsi 27hb July 2008

Kali ni aku nak kongsi picture2 aku masa majlis resepsi kat umah aku plak...
Actually tak de terpikir pun nak upload gambar kat sini.. tapi ramai mbr2 anta komen kat fs nak tgk.. so, aku uploadkan kat sini jew..ok guys...?


Masa hari tu gak, barang2 hantaran bertukar tangan. 19 dulang tok my hubby n 17 dulang untuk aku.. Rombongan pihak lelaki dtg terlewt sket.. dlm pukul 3pm.
Sesampai je mereka kat perkarangan rumah aku, pengantin lelaki disajikan dengan kumpulan kompang dan pertunjukan silat. Lepas tu, rombongan dipelawa untuk menjamu selera dan mase tulah time aku makan berdamai..hihi... Kenapa dinamakan makan berdamai pun..sampai skang aku tak tau.. Kenapa ar...???



Oya..sebelum diaorang nak amik pengantin pompuan yg cun melecun ni tok makan bersama pengantin lelaki, rombongan lelaki dikenakan tol....Mase tu mereka dihalang oleh penari2 zapin yg mmg aku mtk tok ketuk duit hubby aku... Hahak... Berapa ntah yang diaorg ketuk, akupun tak tau.. Tapi yg surenya,,, aku takdapat pun duit tol tu...Ingatkan dapat..huu...



Masa kami semua nga menjamu selera, dj bertugas mempersilakan penari2 zapin untuk menghiburkan para jemputan.. Kami di hiburkan dengan 3 buah lagu yang sememangnya aku minat... Kiranye puas hatila....Tanx a lot....!!!


Lepas makan berdamai, masa untuk potong kek...!!!
Senyum2.... Cameraman nak snap gambar tu...!!!
one..two..threee..... cLick...!!!
..........................................................

Pas potong kek, rombongan lelaki dijemput masuk ke umah untuk acara tukar2 barang..
Nak tgk diantara brg2 yg kami tukar?
Jom...!!!




Barangan warne gold brown ni daripada pihak lelaki. Yang warna ijau plak dari pihak pompuan.. Kalau nak tau, barang2 hantaran tok pihak lelaki, aku wat sendiri tau... cantik tak...?? hihi..Bekas buah ngn bunga rampai dari pihak lelaki tu, hubby aku reka n buat sendiri...Tapi ilham idea tu dari aku, pasal aku yg mintak dia watkan...hihihi...



........................................................

Proses solek menyolek ni makan masa satu jam sengah.. Memang penat & lenguh tengkuk ni.. Dahla tu, mekap yg bertepek2 ni tebal sesangat sampai wat muke aku gatal2.... huhu...


......................................................................................




MajLis PerNiKaHaN...06 jUNE 2008

Ini adalah koleksi picture2 aku n my hubby sekitar hari pernikahan kami.... Check it out...!!







Moga Kasih Ini Abadi Selamanya....






















Ya Allah...

Aku mohon agar kau satukan hati hambamu ini seperti kau satukan hati Adam & Hawa... Tambatkan kesetiaan, kejujuran & keikhlasan dalam hati kami agar cinta kami sentiasa mekar hingga ke akhir hayat...

Amin Ya Rabbal Alamin....



................................................................................................................

Kat bawah ni plak.. pic2 aku ngan my lurvly family n frens...




...................................................................................

Alhamdulillah... semuanya berjalan dgn lancar... Terima kasih yg tak terhingga aku ucapkan buat insan2 yg bertungkus lumus bagi memastikan majlis ini sempurna... tanx a lots...!!! mwah......

YoU KnOw U'rE GeTTiN OLdER wHeN...??

Does your body have arthritis...?
Is your hair turning gray...?
Do the wrinkles on your aging face feel like they've come to stay...?
When your husband turns the heat up and you are still cold, remember these are just some signs that say, You're getting old.Your grandchildren are getting older and their birthdays you forget, and you wish that you could subtract twenty years from a body that just wants to sit.

Does your body do one sit-up that stays with you all day...?
Half in the morning when you get up and the other half when you're in bed to stay.

The clothes you had when younger you can suddenly no longer wear.
You try to put them on anyway, but all they do is tear.

You walk to the bathroom to brush your teeth and find that they're not there.
Your chest is going up and down and you have to try hard just to get some air.

You try to stick to a diet and your food intake goes down.
But, when you get on the scale, it shows you've gained two pounds.

You decide to do some jogging, oh, say twice around the block.
You set the alarm to time yourself and you get beat by the clock.

When you mention 'Elvis' to someone and they say to you, Who's he?
You tell them a famous singer and they say, Was he on your family tree?
You decide to look for your glasses, so you can read in bed. You look all over the house for them and find they're on top of your head.

When your best friend has a birthday, no matter what time of the year.
Do you remember to send them a card, or a late one that says, I missed it.
Oh, dear....Don't feel bad about growing older.
We all have to do it someday.
Even though old age is starting to catch up to you, don't let insulting birthday greetings get in your way.

SeJeNaK kE-aLam RuMahTanggA...

Kata pujangga perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya menggusarkan. Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya. Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini. bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i ) Psst.... Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ? andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana sidia tak akan terdaya mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa affidavit dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu. Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman. Masih gagal ? cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian. Masih gagal juga ? Tunggu saja rajuknya reda emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang...... buat selamba lambat laun, gelombang akan tenang air dicawan akan kita minum jua. Tapi awas..... kalau ternyata, rajuknya berfakta masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie ini rajuk taraf tinggi namanya perlu ditangani berhati-hati kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar "Sayang abang tak ulang lagi " katakan " Sayang....abang alpa " bisikkan " Darling.. I lupa.." hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati suci Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii ) Arghh... tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut minta aksesori serta perabut minta Villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit sedangkan kita bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya Katanya " Seabadi permata.... segermelapan intan " ... sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga. Aduh... peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi Bursa Saham papan utama kasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran wang asing. Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita ? semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita sudah takdir... permata yang dipilih perlu digilap semula. Namun putus asa jangan sekali terimalah dia, dengan redha justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami wanita adalah tulang rusuk yang bengkok luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras lembut tapi jangan reput. Katakan RM bukan segala-galanya lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah " Duhai isteriku... marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya padamu isteri,istanamu, di hati ini padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii ) Puuuh... Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang dimata usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus betis, tidak lagi bunting padi pipi, bukan lagi pauh dilayang apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ? jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bertapak di body tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi. itulah cinta sejati. Namun tidak salah di samping menyanjung budi, kita merampingkan 'body' kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan tapi Tuhan Maha Penyayang Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan sama-samalah merampingkan badan yang terlebih dikurangkan jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan. Bukan masanya lagi merenung dara tapi kini saat menghitung dosa lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv ) Uhhh....Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburu Apa bukti setiamu suami ? Apakah tandanya hanya aku di hatimu ? kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah baru menjengah pintu rumah. Ketika itu nilailah diri mungkin kita berdosa dengan Tuhan atau bersalah dengan insan mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukan Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara 'indirect' dari Tuhan hadapkanlah diri ke cermin hati kaji diri satu persatu kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu nasihatkanlah baik-baik bukan senang nak senang ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua suami yang bersabar dengan isteri yang jahat mendapat pahala Nabi Ayub atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri : " Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita. Dia yang mencuci kain baju kita Dia yang membantu membersihkan rumah kita... lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya? "

( v ) Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api. Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan. Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya. Institusi ini adalah kubu terakhir kita. Marilah kita pertahankan bersama si dia. si diaku, si diamu cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja. Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

(Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya... Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti )

Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri. Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu. Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur. Bersamalah kita harungi derita yang datang. Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang. Denai perkahwinan pasti dihujani air mata. Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya. Isteri... tidak kutagih setia, sesetia Hawa. Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam. Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu..... seorang isteri.

Pose2 Aku Di Hari Bahgia... =)

Mase hari2, banyak gak lah photergapher shoot gamba aku ngn pelbagai pose.. Al-maklum jela kan, photoghrapher tu mbr aku gak.. Jadinya, takde masalah lah tok aku menyengeh dan menyingai...hihi... Yang beshnya mase tu, kebetulan plak mbr aku yg photoghraper lagi sowang tu mmg nga free.. so, mmg sakanlah gambar aku di shoot.. dah rase macam org besar2 jew.. yerla, sampai 2 org photoghrapher... Diaorang duk snap..snap..& snap... wah..wah..wah...Bukan main agi aku mase tu.... =p..
























Sabtu, 20 Disember 2008

My Wedding Days.....

Tanggal 06hb June 2007 merupakan tarikh yg amat bermakna dlm hidup aku.. Tepat jam 3.40pm, alhamdulillah dengan satu lafaz, aku telah pun sah menjadi isteri kepada Budiman bin Hj Abdullah. Perasaan bercampur baur antara gembira, sedih dan takut untuk menempuhi kehidupan baru yang bakal aku lalui bersama insan yang tersayang.. Sanak saudara dan sahabat handai yang hadir dimajlis pernikahan aku di mesjid tak putus2 mengucapkan tahniah.. Sukar untuk aku gambarkan perasaan aku ketika itu.. Setelah upacara menyarung cincin antara satu sama lain dan penyerahan mas kahwin serta hantaran, aku & yang lain bergerak untuk pulang ke rumah untuk menjamu selera...


Majlis perkahwinan aku dgn my hubby diadakan sebulan selepas tarikh pernikahan kami iaitu pada 27hb July 2008...Erm..bila ingat2 balik sonok sgt time tu..yerla..sape yg tak nak jadi raje..even raje sehari jer..tapi kita akan rase betapa besh nye saat tu...kite dilayan macam raje tau..!! Pada sesape yg belum melaluinya,..jus wait n see...u'll know dat feeling..hihi... On dat day, aku memilih warna hijau sebagai tema dihari bersejarah tu...Kenape?? sebab aku, dia n tak lupa gak kat my mom mmg sgt2 suka ngn warne tu.. Acara tukar2 baju, kitaorg wat esoknya cuz aku tau on dat day, mesti aku sgt bz melayan kengkawan yg datang..mmg tu pun niat aku..nak snap gambar ngn kengkawan aku yg tersayang..wuyoo..!!!! actually baju gold cream tu adelah baju yg aku pakai mase rombongan ke umah lelaki... n itu adelah hadiah mak mertua aku.. dia beli n tempah tok kami..tanx a lots mom...!!! Tapi aku decide tok snap gak mase acare tukar2 baju as our memory...cantik tak dude..???

Sebagai orang yang sangat gila bergambar, aku memang giler memilih baju tok sesi photograpy...Baju-baju2 kitaorang gayakan ala-ala model dihari kedua mejadi raja....hihi...Antaranye baju jepun, india, chinese, arab n ape lagi ek..owh..gaun ijau n white....nak tgk..jom!!!! On dat day gak, aku jemput penari zapin dari B.P tok memeriahkan lagi majlis tu.. Diaorg ni mmg professional dan sebab keprofesionalan tulah aku kena bayar lebih tok 3 lagu...Takpelah, yg penting jemputan2 puas hati & terhibur..